KBBA

KBBA
Sunday, April 07, 2013

Sunday, April 07, 2013
8

Salam 1 Blogger. 
CIRI-CIRI KOLESTROL TINGGI |Kolestrol tinggi dalam darah?? Bagaimana cara -cara untuk mengetahui simptom anda menghidap penyakit kolestrol tinggi?? Penyakit ini boleh dikesan melalui ujian darah kita. So,rajinkan diri anda untuk berjumpa dengan doktor bagi mengetahui adakah anda menghidap penyakit ini ataupun tidak..Sebelum itu, jom kita rungkaikan persoalan-persoalan yang sering berlegar-legar di minda kita.



Ciri-Ciri Kolestrol Tinggi

1) Rasa berat di tengkuk hingga rasa sengal di bahu
Sebahagian besar orang merasakan berat di kepala dan sakit-sakit sebagai gejala awal. Gejala ini muncul sebagai akibat kurangnya oksigen.

2) Cepat Mengantuk
Terutama bila kadarnya sudah tinggi sekali, misal trigliserida yang normalnya dibawah 200 mg atau 150 mg, ada yang sampai 600 atau 700 mg itu biasanya akan mengantuk. Hal ini biasanya terjadi kerana kurangnya pengaliran oksigen ke otak akibat pembuluh darah yang menyempit kerana adanya timbunan lemak akibat kolestrol.

3) Kesemutan

Kadang-kadang kesemutan juga boleh terjadi kerana darahnya agak pekat. Kadar kolestrol yang tinggi dapat menyebabkan aliran darah menjadi pekat sehingga oksigen menjadi kurang.

4) Timbunan lemak di atas kelopak mata
Secara klinikal ada beberapa hal yang boleh dijadikan petunjuk awal seseorang memiliki kolestrol tinggi, aitu adanya timbunan lemak di atas kelopak mata. Biasanya timbunan ini mengandungi kadar trigliserida (molekul asam lemak) yang tinggi.

5) Mudah Letih

Ketika plak terbentuk di dinding arteri, boleh menyebabkan keadaan seperti atherosclerosis, penyakit jantung koroner (PJK) dan penyakit mikrovaskuler koroner atau coronary microvascular disease (CMD). Keadaan seperti inilah yang menyebabkan badan terasa mudah letih.

6) Sering Sakit Kepala

Ini kerana kolestrol yang tinggi dalam darah menyebabkan terjadinya penimbunan plak-plak di pembuluh darah arteri sehingga menyebabkan terjadinya artherosclerosis. Keadaan ini membuat arteri akan menyempit dan membuat aliran darah ke kepala dan otak berkurang, sehingga menyebabkan rasa sakit di kepala.

7) Kaki Bengkak

Kaki merupakan organ tubuh yang paling jauh dari jantung. Ketika pembuluh darah menyempit dan pengaliran oksigen berkurang, maka tentu saja yang paling sedikit mendapatkan darah adalah kaki. Hal ini akhirnya menyebabkan kaki terlihat membengkak. Keadaan ini hampir sama dengan ketika anda terlalu lama duduk ketika perjalanan jarak jauh, terutama di kelas ekonomi.

# JUMPA LAH DOKTOR ANDA UNTUK MEMASTIKAN KESIHATAN ANDA TERJAMIN.
"MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI"
P/S ELAKKAN MAKANAN FAST FOOD, AIR BERKARBONAT.BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG. (Fast food kalau nak mkn sekali sekala boleh tapi jgn selalu taw. Obesiti juga salah satu golongan yang berisiko untuk mendapat penyakit ini. Ikut piramid makanan yang telah disediakan oleh Kementerian Kesihatan ..Heehee *peringatan untuk diri sendiri juga)

HIKHIKHIK :P

PEACE (^_^)v

SUMBER PERKONGSIAN : JAGALAH KESIHATAN ANDA SEBAIKNYA =)

8 comments:

  1. thanks yana. akak ni badan je kecik tp kolesterol tinggi. thanks utk info sihat ni

    ReplyDelete
  2. OH..MACAM TUH..AKK NI ASAL NAIK KETER JE MESTI MATA NAK TERPEJAM..AGAK2 KOLESTROL KE?
    EKEKEKKE...
    NICE INFO YANA :)

    ReplyDelete
  3. mama papa akak pun ada kolestrol nie. tiap bulan kena berulang ambik ubat huuu

    ReplyDelete
  4. @huda

    Boleh2 ..silakan..share utk kesihtn kn bagus :) nnt yana terjah blog huda :)

    ReplyDelete
  5. terima kasih infonya..
    nti nak share kt blog ye..tq!!

    http://duamasa.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. terima kasih infonya..
    nti nak share kt blog ye..tq!!

    http://duamasa.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 dila =) nnt kasi backlink skli ya =)

      Delete

Hye all of my lovely readers..
Thanks for reading my blog's.. =)
Feel free drop your comment here :D

(= I WROTE YOU READ =)

╔══╗
╚╗╔╝
╔╝(¯`v´¯)
╚══`.¸.u'll ♥♥♥